Selamat Tingga 2012

Selamat tinggal tahun 2012 yg penuh dgn cabaran. Alhamdulillah...berkat kesabaran akhirnya 2012 berjaya diharungi dengan cemerlang. Moga tahun 2013 yang bakal mendatang membawa berjuta lagi kegembiraan dan kebahagiaan.

Selamat tinggal juga kepada Research Project (22078Y)....dan selamat datang Working with & Leading People (M/601/0908). Tahun yang mencabar bakal bermula dgn subjek baru bagi aku. Ni merupakan subjek ketiga yang baru (tanpa nota, tanpa modul & cth assessment) aku diamanahkan utk mengajar sepanjang 2 1/2 tahun menjadi pendidik.. Insya Allah...teruskan sabar & usaha...pasti kejayaan akan menjelma.

So dikesempatan ni nak ucapkan selamat tahun  baru 2013 yg bakal menjelma kpd rakan sejawat & para pelajar. Teruskan pengorbanan & usaha kerana hidup adalah PERJUANGAN!!!

Thanks...2012

Presentation RP Time Table

Salam semua,

Alhamdulillah akhirnya kita dah sampai ke hujung sem. 15 minggu yg penuh dgn cabaran & moga semua pljr dpt byk ilmu serta pengalaman yg berguna. So sy sertakn presentation time table utk rujukn & tindakn semua. Sila downloads dr link kat bawah ni....

Time Table

Tpt utk presentation tersebut adalah kat Lab 7 (Library). Peringatan utk semua....sila hadir ke slot presentation anda ikut masa & tarikh yg telah ditetapkn dln jadual ni. TLG JGN LEWAT...& pastikn anda berada 30 minit lebih awal utk elakkn sbrg masalah. Sila bawa juga laptop & lain2 keperluan utk presentation pd hari tersebut. Sekian....slmt maju jaya...


Thanks,

"Sharing is caring"
by Azli Alip

Rubric Presentation

Salam...dears my HND 4 students...

Sapa2 yg berminat utk dptkn info detail ttg mcm mana penilaian utk research presentation boleh download dr link ni...

Rubric Presentation

Harap dpt membantu anda semua membuat persediaan yg lebih mantap...

Thanks...
"Sharing is caring"
Azli Alip

Result MGT1013

Salam...

Dears DIB 2 students... u may downloads result for Test 1 & Test 2 from this link...

Result Test

Pd sapa2 yg result dia below 15 marks...plz come & see me starting from next week. Attendance is compulsory..before Hari Raya Haji Holiday. For those pass for both test...plz continue your good effort. Wish u all Good Luck for final exam.

Thanks...
"Sharing is caring"
Azli Alip

Assignment 3 Research Project

Salam...

Dears HND 4 students... plz downloads our assessment 3 question frm this link...

Assignment 3

Hard copy akan diedarkn Insya Allah by next week after QC dah approve. Harap dpt bantu u all utk buat persediaan yg lebih baik utk last assessment. Thanks.

"Sharing is caring"
AzliAlip

Nota SPSS

Salam...dear my HND 4 students,

Saya lampirkan nota SPSS untuk rujukan anda semua dlm membuat analisis research project. Boleh downlods dr link ni...

Nota SPSS Research Project

Moga nota ni dpt membantu anda semua dlm research project...thanks..

Sharing is caring.....by Azli Alip

Assignment MGT1013

Salam students DIB 2A & B,

Minta kerjasama semua utk dapatkn maklumat assignment ini & boleh mula buat masa saya x de kat office next week dr Monday to Wednesday. Sy ada kursus minggu depan so masa free kelas sy sila ambil tindakan segera. Utk assignment ni adalah secara individu & minta tulis nama, kelas & nama company di bahagian komen utk book company mana yang u all pilih. Setiap sorg hanya boleh pilih satu company sahaja & tidak dibenarkan utk sama dgn students lain. Base in first come first serve...siapa cepat dia dpt dulu.

Sila downloads soalan & nama company kat bawah ni....

Assignment MGT1013

Company List

Due date utk assignment ni pd 9 Oct 2012 (2 weeks) & secara individu yg akan represent 15% of u all punya carry marks. So wish u all good luck...

Thanks,

"Sharing is caring"
by Azli Alip

Assignment 2 (Research Report)

Salam students HND 4,

Sila downloads soalan assignment 2 dr link ni...

Assignment 2 (Research Report)

dan note fr questionnaire dr link ni....

Note Questionnaire

Hard copy soalan akn kita keluarkn hari Selasa depan 18 Sept 2012. So harap guna masa yg ada ni utk draft u all punya questionnaire lebih awal. Jgn buat kerja last minute...tlg tunjukkan darft & dptkn approver questionnaire secepat mungkin. Thanks...

"Sharing is Caring"
by Azli Alip

Answer Scheme Tutorial 5 & Test 2

Salam...

Dear students DIB 2.....here I post our answer scheme for tutorial 5 as your references. U may download from this link...

Answer Scheme Tutorial 5

Our Test 2 also postponed to next Tuesday (18/9/12) & any info I will update next week in the class. Hope u all can use this time for make better preparation & please remember that this test will cover chapter 3, 4 & 5. Thanks & wish u all Good Luck for the test....

Thanks...
"Sharing is Caring"
Azli Alip

Note Chapter 4 (MGT1013)

Salam Ramadhan semua...

Selamat bercuti semua...ni sy dah up loadkn note utk chapter 4 (Planning Tools & Technique) utk rujukan serta panduan semua. So boleh downloads dr link ni...

Chapter 4

Result utk Test 1 Insya Allah dlm masa terdekat akan diposkn kat blog. So rajin2 lah jengok2 blog sy ni. K selamat bercuti & moga cuti ni dpt byk memberi manfaat kpd anda semua.

Thanks...

"Sharing is Caring"
by AzliAlip

Contoh Proposal

Salam Ramadhan...

Spt dijanjikn dlm kelas hari tu...so sy poskn cth2 proposal yg dibuat oleh senior2 u all sem lepas utk sbg panduan asas shj. Cth2 yg diberikn bknlah yg terbaik. So ditegaskn bhw ni hanya sbg cth shj & ada kemungkinan cth ni juga ada kesilapan2 tertentu yg x boleh diikut. Utk hasilkn proposal yg terbaik...silalah htr draft u all utk disemak terlebih dahulu sblm due date assignment in. K hrp panduan ni dpt bantu anda semua hasilkn sesuatu yg lebih baik...

Contoh 1

Contoh 2

Contoh 3

Contoh 4

Contoh 5

Thanks...

"Sharing is Caring"
by AzliAlip

Repost Answer Scheme Tutorial 2 & 3 (MGT1013)

Salam..dear DIB 2 A & B students...

U may downloads our answer scheme from this link...

Answer Scheme Tutorial 2

Answer Scheme Tutorial 3

Wish u all happy holiday..Selamat Hari Raya....Maaf Zahir & Batin. C u after holiday with new spirit to fight for better result specially for our subject MGT1013.

Ok...thanks...

Assignment 1 (Research Proposal)

Salam ramadhan semua...

Minta semua pelajar HND 4 utk download soalan Assignment 1 (Research Proposal) dari link ni...

Assignment 1 (Research Proposal)

Insya Allah jika tiada sbrg masalah slp QC verified sy akn bg hard copynya kat kelas. So mohon kerjasama semua utk gunakn masa cuti ni sebaik mungkin utk menghasilkn tugasan yg bermutu tinggi & akhirnya mencapai kejayaan yg terbaik dlm subjek Research Project.

Sy juga Insya Allah akn mencari masa & ruang yg ada bg membantu anda semua terutamanya bagi yg nak htr draft kat email @ FB.

So selamat bercuti & Selamat Hari Raya sy ucapkn. Moga bertemu semula slp cuti dgn sesuatu @ hasil yg terbaik utk tugasan ini. Maaf Zahir & Batin dr sy...& sampaikn salam sy kpd keluarga anda di kampung..

Thanks...
"Sharing is Caring..."
by AzliAlip

Repost Note, Tutorial 3 & 4

Salam...dear DIB 2 A & B,

Here I re post our Notes & Tutorial for Chapter 3 - 5. Please downloads from this link...

Note Chapter 3


Note Chapter 5

Tutorial 3

Tutorial 4

Sorry for Note Chapter 4...I don't have the soft copy. I will give u all the hard copy  during our lesson Insya Allah next week.

Ok tahnks..

"sharing is caring"
by Azli Alip

Tugasan Group DIB 2A & 2B (Week 2)

Salam dear my DIB 2A & 2B..

Sorry atas masalah internet yg tersangat2 lembab…so x dpt nak postkn tugasan pd Isnin ptg. So hari nib r ada peluang nak postkn…minta kerjasama buat tugasan ni dlm group masing2 yg dah dipilih last week (4-5 org) per group.

Pertamanya tlg download note utk chapter 2 kat link ni…

Slp tu ikut group masing2 buat sub topic yg telah ditetapkn spt berikut…

Group 1
Dptkn maklumat ttg perubahan yg berlaku semasa zaman agriculture & bincangkan their implications for organizations.

Group 2
Dptkn maklumat ttg perubahan yg berlaku semasa zaman Industrialization & bincangkan their implications for organizations.

Group 3
Dptkn maklumat ttg perubahan yg berlaku semasa zaman Information & bincangkan their implications for organizations.

Group 4
Describe the difference between an e-business, e-commerce, and an e-organization.
Define social responsibility and ethics.

Group 5
Dptkn definisi konsep entrepreneurship and Intrapreneur.
Identify the components of the entrepreneurial venture.

Dptkn bahan2 utk tugasan tersebut dr slide & buku2 rujukan tambahan…baca & rumuskan. Slp tu sila sediakn ringkasan dlm kertas mahjung. Kita akn bentangkan & bincang next week.

Jgn lupa download sekali tutorial 2 kat sini…


Jawapan utk tutorial 1 boleh download dr sini…


Jika terdapat sbrg persoalan boleh sms @ tel sy…012-6685179.
Sekian…thanks…

Azli Alip

SOW MGT1013 fr DIB 2A & 2B (July-Dec 2012)

Salam my DIB 2A & 2B...

here I repost our SOW for subject MGT1013. Please download from this link..

SOW MGT1013

TQVM

Sharing is caring...by Azli Alip

Sample Gantt Chart

Salam...dear my HND students....

Spt dijanjikan sblm cuti utk bg cth Gantt Chart, so sy poskn cth Gantt Chart sbg panduan dlm hasilkn Gantt Chart anda sendiri. Maaf lambat bg cth atas sbb2 tugas lain yg perlu diselesaikn w/pun ms cuti...biasalah tugas sbg Lecturer di KPMSI kena multi tasking. Ini hanyalah sbg panduan asas namun apa yg penting dlm Gantt Chart anda MESTI terbahagi kpd 3 bahagian utama iaitu:-
  1. Research Proposal
  2. Research Project
  3. Presentation

Dlm ms yg sama plz take note bhw masa in assignment utk Research Proposal MESTI pd Week 8, Research Project pd Week 13 & Presentation pd Week 16. Yg lain2 activity bergantung kpd kesesuaian asalkn IKUT FLOW dlm research process. Kalau nak tahu flow di mcm mana sila rujuk Research Module yg diberikan secara percuma. Kalau masih x download sila download kat sini...

Module Research Project 2012

Ok so sbg panduan utk hasilkn Gantt Chart anda, sila download dr link kat bawah ni...

Gantt Chart 2012

Thanks....

Sharing is caring by Azli Alip

Selamat Bercuti..

Salam...dear my students..

Selamat bercuti akhir semester diucapkan...gunakanlah masa 6 minggu ni dgn penuh bermakna terhadap perkara2 yg boleh meningkatkan ilmu & pengalaman anda. Bg pelajar semester akhir..mungkin ada yg dah mendapat pekerjaan @ masih mencari kerja..so selamat maju jaya diucapkan dalam kerjaya yang dipilih. Jangan terlalu memilih pekerjaan kerana apa yg penting adalah pengalaman yg bakal anda perolehi pada peringkat awal ni akan menentukan kecemerlangan zaman kerjaya anda.

Bagi para pelajar HND 3 yg bakal mengambil subjek Research Project next sem...sila pastikan anda sudah bersedia dr segi mental & fizikal utk melalui saat terindah dalam subjek ni. Tiada yg mustahil...yg penting dimana ada usaha...disitu Insya Allah ada jalan penyelesaiannya. Jangan lupa utk teruskan penerokaan2 anda masa cuti ni & buat persediaan seperti mana yg dinasihatkan masa taklimat tempoh hari. 1st week sem depan kita akan start bincangkn topic & Gantt Chart. Good Luck diucapkan...

Akhir kalam...selamat bercuti diucapkan kpd semua pelajar KMPSI. Insya Allah jika ada rezeki & umur yg panjang...kita berjumpa lg sem depan...

Sharing is caring....
Azli Alip

List Research Topic UiTM

Salam HND3...

Spt dlm taklimat ptg semlm sy lampirkn senarai research topic frm UiTM since 1977-2008. Ada 1433 topic yg u all boleh tengok utk dptkn basic idea mcm mana nak buat research project fr next sem. Wish u all Good Luck....

UiTM Topic

Thanks...
sharing is caring...by azli alip

Carry Marks MGT1013

Salam my students...

Here I post your carry marks for MGT1013. Total carry marks is 50% so for those get 40% & above...u dah pass utk subjek ni...tp final exam tetap kena dtg k... So usaha lg bg mereka2 yg masih below 40% & target mesti tinggi. Wish u all Good Luck for final exam...

Carry Marks MGT1013

Thanks....sharing is caring..
by Azli Alip

Answer Scheme for Tutorial 13 & 14

Salam DIB students...

Answer Scheme Tutorial 13

Answer Scheme Tutorial 14

Alhamdulillah selesai sudah bg semua skima jawapan. Moga info ni dpt membantu kalian dlm menghadapi final exam pd 14 Mei 2012 nanti. Utk jawapan cth final exam sy x de soft copy dia. So next week minta wakil kelas dtg jumpa sy utk ambil hard copy k. Yg penting...D.U.I.T (Doa, Usaha, Istiqamah & Tawakkal)... Moga berjaya.

Thanks.....sharing is caring
by Azli Alip

Answer Scheme for Tutorial 11 & 12

Salam DIB students...

Answer Scheme Tutorial 11

Answer Scheme Tutorial 12

Thanks...
sharing is caring....

Answer Scheme for Tutorial 8, 9 & 10

Salam dear my students DIB...

Sorry lewat poskn jawapan tutorial atas sbb2 yg x dpt dielakkan... Boleh downloads dr links kat bawah ni...

Answer Scheme Tutorial 8

Answer Scheme Tutorial 9

Answer Scheme Tutorial 10

Thanks....
by Azli Alip


Rubric Research Presentation

Salam students HND4...

Here I post our rubric for research presentation. U can download frm this link..

Rubric Research Project 2012


Thanks...
Azli Alip

Presentation Time Table

Salam...to all HND 4B & C,

Sila download presentation slot dr link kat bawah ni...

Presentation Time Table

Buatlah persediaan sblm presentation & really focus utk mencapai kejayaan yg boleh dibanggakan...

Thanks...
Azli Alip

Nak promosi sikit....

Salam...

Harga test market !

54 ebook bahasa melayu

3 Teknik Cari Idea Tajuk Ebook
4 Kriteria Perlu Ada Dalam Penulisan Ebook.docx
5 Niche Pasti Hot.docx
5 Perkara Seorang Affiliate Perlu Elak.docx
6 Langkah Mencipta Produk Digital.docx
7 Mitos Mengenai Jualan Ebook.docx
7 Strategi Pemasaran Gerilla.docx
10 Tips Penulisan Artikel.docx
14 Rahsia Affiliate.doc
30 Idea Tulis Follow Up.docx
50 Strategi Pemasaran.doc
Asas dan Prinsip Kejayaan Temuduga.docx
Buat Duit Dengan Blog.docx
Buat Duit Dengan Menulis.docx
Checklist Perniagaan Ebook.doc
Email Formula.docx
Formula Pendapatan Segera Dari Internet.docx
Minda Wang.docx
Nota Pintar Pemasaran Affiliate.docx
Panduan 101 Produk Informasi.docx
Panduan Asas Memulakan Perniagaan Internet.doc
Panduan Berhenti Merokok.docx
Panduan Freelancer Writer.docx
Panduan Lengkap Persiapan dan Persediaan Temuduga.docx
Panduan Meletakkan Harga Ebook.docx
Panduan Membeli Hosting dan Domain.doc
Panduan Membina Buyer List.docx
Panduan Membina Kredibiliti.docx
Panduan Mengajar Anak di Rumah.docx
Panduan Menulis Laporan Percuma.docx
Panduan Promosi di Facebook.docx
Panduan Ringkas Memulakan Perniagaan Internet.docx
Panduan Ringkas Pemasaran Affiliate.doc
Panduan Simple Menulis Ebook.docx
Panduan Tulis Tajuk Ebook.docx
Prinsip Jutawan Yang Tidak Akan Gagal.docx
Rahsia Bisnes Gaya Pos.doc
Rahsia Bisnes Printing.docx
Rahsia Bonus Produk Affiliate.docx
Rahsia Ezine.doc
Rahsia Kekayaan dan Kemewahan Hidup.docx
Rahsia Pakar Presentation.docx
Rahsia Pemasaran Artikel.docx
Rahsia Pengiklanan Efektif.doc
Rahsia Untuk Kaya Dan Hidup Mewah.doc
Rahsia Web Efektif.doc
Strategi Pemasaran Efektif.doc
Teknik Cari Mood Untuk Tulis Ebook.docx
Teknik Menulis Email.docx
Teknik Mudah Ayat Jualan.docx
Teknik Sempoi Tulis Surat Jualan.docx
Teknik Tambah Pendapatan Perniagaan.docx
Tips List Responsif.doc
Tips Menjadi Seorang Super Affiliate.docx

Harga open RM3 per ebook atau RM162 sahaja....
(murah tu, nak upah orang tulis satu ebook mahu RM40/RM50 per ebook).

Tapi, untuk TIGA orang sahaja......
RM77 sahaja....siapa cepat dia dapat !

PM atau reply kalau berminat

Tq.

ps : high quality. Boleh jadikan ebook, boleh post dalam blog, boleh post dalam forum, boleh jual dekat membership, boleh DVD kan kemudian jual dan banyak lagi ! Pendek kata boleh buat apa sahaja.

File dalam .docx, mudah untuk diedit !!!

Jaminan puas hati....
Cepat......siapa cepat dia untung !

Assessment for Research Project

Salam students HND4...

U can downloads our assessment 2 & 3 from this links...

Assessment 2
Assessment 3

And please prepare your slides presentation for our next week class..special for HND 4B & 4C only...

Thanks...
By Azli Alip

Active Learning Activity

Today activity in MGT1013 class...nampak mcm sungguh2 je dia org ni...




Tutorial MGT1013 (Chapter 12, 13 & 14)

Salam students DIB2,

Please download our tutorial from this links...

Tutorial 12
Tutorial 13
Tutorial 14

TQVM....sharing is caring...
Azli Alip

Tutorial MGT1013 (Chapter 9,10 & 11)

Salam dear students DIB2...

Please download our tutorial from this links...

Tutorial 9
Tutorial 10
Tutorial 11

TQVM
Azli Alip

Result Test 3 MGT1013

Salam...
Dear my DIB 2C students...I really surprised with u all punya result utk test 3. Amazing coz nobody FAIL for this test. Ya....It's show u all put the effort for study & really focus. Please continue this momentum till our final exam & score for it...OK. Please download from this link...to see your result...

Result Test 3

Thanks....
Azli Alip

Answer Scheme Tutorial 6 & 7

Salam....
 Dear my DIB 2 students... please download our answer scheme for tutorial 6 & 7 from this links...

Answer Scheme Tutorial 6
Answer Scheme Tutorial 7

Please prepare for our Test 3 & wish u all Good Luck...

Thanks,
Sharing is caring.....
Azli Alip

Test 3

Salam...dear my DIB 2 students,

Our Test 3 MGT1013 akan diadakan pada 4 April 2012 (Rabu) jam 4-5pm di Main Hall. Test ni cover utk chapter 6 & 7. So plz prepare & study chapter tersebut. Yg penting buat tutorial utk lebih memahami. Wish u all Good Luck...

Thanks
Azli Alip

Note SPSS

Salam Std HND 4,

Saya lampirkn note SPSS spt yg telah dijanjikn dlm kelas semalam. Note ni paling ringkas & dlm BM lg. So memang sangat2 sesuai bg mereka2 yg agak "rajin" utk baca module SPSS yg sy sertakn dlm DVD. Kalau note yg ni pun TAK MINAT utk nak baca....tak tahulah nak ckp mcm mana lg. Wish u GOOD LUCK je lah. Sila tengok cara2 analisis yg mudah2 je mcm crosstab, descriptive dll. Yg belakang2 tu just for info je & kita x gunakn utk research project tahap diploma k. So sila download kat link ni...

Note SPSS

Thanks a lot...
'Sharing is caring'
Azli Alip

Surat Pengesahan Pelajar

Salam HND 4,

Sila download surat pengesahan pelajar bagi yg perlukannya utk edarkan borang soalselidik. Hanya perlu tukar nama, id, program & pergi ke office mintak print guna latter head kolej. Slp tu sila jumpa Pn Aslina (HEA) utk dptkn tadatangan ok.

Surat Pengesahan

OK Thanks,
Azli Alip

Result Test 2 MGT1013

Salam DIB2 student,

Result utk test 2 dah ready. Analisis drpd result menunjukkan % yg GAGAL semakin meningkat. Ramai juga yg result dia jatuh & TAHNIAH diucapkan bg yg berjaya melepasi 15M. 2x TAHNIAH kpd yg GAGAL test 1 tetapi dah BERJAYA BANGKIN drpd KEGAGALAN. Teruskan usaha anda & moga terus berjaya. Bg yg GAGAL....jgn lupa JUMPA SAYA slp mid sem holiday. Selamat bercuti & jgn lupa buat tutorial 6...ok

Result Test 2

Thanks...
Azli Alip

Note Chapter Week 6, 7 & 8

Salam my DIB2 student,

Here I post our notes for chapter week 6, 7 & 8 for your references. Kindly download from this links..

Chapter 6
Chapter 7
Chapter 8

Thanks....sharing is caring
Azli Alip

Tutorial 6, 7 & 8

Salam my DIB2 student..

Please download our tutorial 6, 7 & 8 from this links..

Tutorial 6
Tutorial 7
Tutorial 8

Harap u all prepare this tutorial during mid sem holiday. Wish u all happy holiday & good luck for test 2.

Thanks,
Azli Alip

Tutorial 4 & 5 MGT 1013

Salam DIB 2 student,

Please download our tutorial 4 & 5 from this links...

Tutorial 4
Tutorial 5

Hope u all prepare this tutorial & please bring it for next class. Thanks...

Azli Alip

Note MGT1013 for Chapter 4 & 5

Salam DIB 2 students,

Here I post our notes for chapter 4 & 5 for your references. Kindly download from this link..

Note Chapter 4
Note Chapter 5

Thanks....sharing is caring,

Azli Alip

Answer Scheme Tutorial 3

Salam DIB2 student,

Here I post our tutorial 3 answer scheme for your reference. Plz use it for your guide especially for our next test 2. I really hope student can FOCUS & wish u all Good Luck.

http://www.mediafire.com/file/diytw0oov9vqz6q/Answer Scheme Tutorial 3.doc

Thanks,
Azli Alip

Doa Menuntut Ilmu

Salam para pelajar,

Adalah lebih baik jika kita dapat memulakan aktiviti seharian kita dengan doa kerana doa itu adalah senjata bagi orang Islam. Justeru itu saya kongsikan di sini doa untuk menuntut ilmu. Moga dengan doa & usaha yang gigih para pelajar akan mendapat kejayaan yang cemerlang.


Sekian..."sharing is caring"
Azli Alip

Contoh Research Proposal

Salam student HND 4,

Spt yg sy janjikan dlm kelas last Friday, sy lampirkan 5 cth asas problem statment / question & purpose of the study sbg panduan. Cth2 yg diberikan bukanlah yg terbaik tp boleh dijadikan asas utk rujukan / panduan dlm merangka research topic masing2 terutamanya utk mini presentation pd Isnin ni 13 Jan 2012. Harap info ni sedikit sebanyak dpt membantu anda semua...

http://www.mediafire.com/file/8c1n9bcm2qqe3al/CONTOH RESEARCH PROJECT.doc

Apa yg penting usaha anda semua bg membuat research project dgn bersungguh-sungguh... Dimana ada usaha, di situ ada jalan kejayaan.

Sekian... "sharing is caring"
Azli Alip

Result Test 1 MGT1013

Salam student DIB 2B & 2C,

Result utk test 1 dah ready. Anda boleh lihat result masing2. Secara keseluruhannya, result ni amat2 mengecewakan sy sbb hanya 18 org pelajar LULUS drpd 44 org (41%) & 26 org (59%) lagi GAGAL walaupun cth2 soalan spt dlm tutorial yg dah dibincang dlm kelas. Ia menunjukkan ramai pelajar tak buat latihan tutorial & tak membuat persediaan sblm test.

So mana2 pelajar yg diminta jumpa sy utk sesi consaltation, sila jumpa dgn sy selepas hari Khamis 16 Feb 2012 jam 12.30pm di office sy. Result boleh dilihat dr link di bawah ni....

http://www.mediafire.com/file/323poqomg3bdb4d/RESULT TEST 1 MGT1013 JAN JUNE 2012.xls

Thanks,
Azli Alip

Research Topic Due Date

Salam student HND 4,

Attention to all student HND 4, our due date for research topic is on 10th Feb 2012 (Friday). Please confirm your topic research & get approver from your advisor A.S.A.P. I really need your commitment. Thanks.

TQVM

Assignment 1 Research Project

Salam dear my HND4 student, u can download our Assignment 1 from this link..

http://www.mediafire.com/file/22b4f22dupsb6x3/Research project question 1 Th 2012.doc

Thanks...

Azli Alip

Menangani Stress Cara Islam

Salam perjuangan kepada rakan2 warga pendidik & para pelajar.....

Sedar tak sedar hari ni dah nak berakhirnya Week 4 sessi Jan - June 2012 utk para pelajar KPMSI. Dalam ms yg sama juga tekanan mula dirasai oleh para pelajar & pensyarah sbb assignment...test dll dah mula muncul. Hahaha...semua dah mula pening kepala. So hari ni sy nak share dgn para pembaca blog ni ttg cara @ kaedah utk menangani stress cara Islam.


Sebenarnya terdapat banyak kaedah menghadapi tekanan berlandaskan ajaran Islam yang cukup berkesan untuk diamalkan. Tapi utk kali ini cukuplah kita kongsikan 5 kaedah utama dulu sebagai panduan kita bersama.

Pertamanya, menjaga solat fardu lima waktu dan memperbanyakkan solat sunat.

Banyak kajian pakar psikologi barat sendiri yang telah memperakukan fadilat solat dalam memberi ketenangan jiwa dan pemikiran seseorang. Menurut kesimpulan beberapa kajian sarjana barat, secara saintifiknya solat merupakan suatu tempoh masa 'aman dan damai' di mana seluruh tubuh dan minda seseorang terfokus kepada sesuatu (kepada Allah SWT).

Gerakan-gerakan dan keadaan minda dalam solat berupaya menghalang pengaliran keluar hormon-hormon seperti Cortisol, Epinephrine dan Norepinephrine daripada kelenjar adrenalin yang bertindak balas terhadap sebarang tekanan. Solat turut membantu memberi intervensi positif terhadap sistem pernafasan, aliran oksigen dalam badan, degupan jantung, dan gelombang otak.

Daripada konteks Islam, dengan mendirikan solat fardu lima waktu dan dilengkapkan dengan amalan solat-solat sunat yang pelbagai, seseorang itu akan diberikan pertolongan oleh Allah SWT dalam sebarang kesukaran seperti mana firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 153 maksudnya: 

"Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar.'

Keduanya dengan amalan berzikir seperti bertakbir, bertahmid, bertasbih dan sebagainya merupakan amalan yang mampu menenangkan jiwa sebagaimana jaminan Allah SWT dalam surah ar-Ra'd ayat 28 maksudnya: 

"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia.'

Ketiganya, mengamalkan mendengar, membaca dan menghayati akan tafsir al-Quran.

Diriwayatkan bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda bahawa, 'al-Quran adalah penawar kepada kesakitan minda' (riwayat Bukhari). Membaca al-Quran sendiri memberikan ketenangan kepada pembaca malah kepada sesiapa yang mendengar bacaannya apatah lagi jika ayat-ayat Allah itu difahami, dihayati dan dijadikan panduan dalam kehidupan. Ini adalah kerana al-Quran (dan al-hadith) merupakan sumber teragung dalam merungkaikan segala permasalahan manusia.

Keempatnya, meletakkan keyakinan bahawa kehidupan dunia ini adalah sementara dan akhirat jua tempat yang kekal selama-lamanya.
Dengan cara ini, jiwa akan terasuh untuk menyedari bahawa apa sahaja yang berlaku di dunia ini baik ia bersifat positif ataupun negatif adalah sekadar 'warna kehidupan dunia yang tidak kekal lama' dan akan mendapat balasan yang setimpalnya di akhirat kelak.

Tekanan yang dihadapi di tempat kerja akan menjadi sesuatu yang terlalu kerdil jika dibandingkan dengan apa yang akan dihadapi di Padang Mahsyar kelak. Diri kita akan sentiasa takutkan azab api neraka dan berusaha mencari keredhaan-Nya dan dimasukkan ke dalam syurga.

Kelimanya, dengan amalan berdoa, memohon keampunan dan menyerahkan segala apa yang telah diusahakan bagi mengatasi tekanan diri untuk ketentuan-Nya. Allah SWT berfirman dalam surah al-Ghaafir ayat 60 bermaksud: Dan Tuhan kamu berfirman:

"Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk neraka Jahanam dalam keadaan hina."

Jika diri kita telah bersungguh-sungguh cuba mengatasi tekanan, mengikut saluran dan kaedah yang tepat, maka kita juga perlu bersifat tawakkal dan ikhlas menerima segala ketentuan-Nya.

Kesimpulannya, walau sebesar manapun masalah atau kesukaran yang menyumbang kepada tekanan di tempat kerja, kita perlu sedar bahawa ianya boleh dihadapi dengan jayanya jika tindak-tanduk kita menepati syariat Islam. Firman Allah SWT dalam surah al-Fajr, ayat 27-30 yang bermaksud:

"Wahai orang yang mempunyai jiwa yang sentiasa tenang tetap dengan kepercayaan dan bawaan baiknya. Kembalilah kepada Tuhanmu dengan keadaan engkau berpuas hati (dengan segala nikmat yang diberikan) lagi diredai (di sisi Tuhanmu). Serta masuklah engkau dalam kumpulan hamba-hambaku yang berbahagia. Dan masuklah ke dalam Syurgaku." 

Jika hati dan pemikiran kita sentiasa bersandarkan kepada sifat tawaduk, yakin dan syukur kepada Allah SWT, maka diri kita akan diberikan petunjuk dan hidayah-Nya dalam menangani segala tekanan tersebut.

Sekian….wassalam…”Sharing Is Caring”

Answer Scheme for Tutorial 2

Salam student DIB 2b & 2C,

Sila download answer scheme for tutorial 2 drpd link ni...

http://www.mediafire.com/file/8lgrfs1udv16w8o/Answer Scheme Tutorial 2.doc

Moga dpt jadikn panduan utk study this weekend for our test 1 next week. Wish u all good luck.

Sharing is caring....
Azli Alip

Note MGT1013 for Chapter 2 & 3


Salam,

Dear my DIB 2B & 2C students, please download our Power Point Note for Chapter 2 – The Changing Face Of Management & Chapter 3 – Foundations Of Planning from this link..



Thanks….sharing is caring
Azli Alip

Tutorial 3


Salam,
Dear my DIB 2B & 2C students, please download your tutorial 3 MGT1013 – topic foundations of planning from this link..
After download please answer the question & bring to the class for discussion next Wednesday 8th Feb 2012. I really need your cooperation & commitment. Thanks & Good Luck

Best regards,
Azli Alip  

A Simple Guide On Research Proposal


Salam,

Dear my HND4 students, please download our elements of a proposal from this link..



After download, please read this guide for prepare your research proposal. I really need 200% your cooperation & commitment. Credit to Miss Yasmin for her efforts. Thanks a lot & Good Luck.

“Sharing is caring”

AzliAlip


Forum 1 MGT1013 for DIB 2B & 2C

Salam,
Dear my DIB students, please respond for this topic. Before you respond, please write your name, ID & class.

From your opinion, discuss the value of studying management.

The due date (30th Jan 2012 before 2pm). Ok wish you good luck...

Tutorial 2 MGT1013

Salam student DIB,

Sila download Tutorial 2 MGT1013 drpd link ni... http://www.mediafire.com/?7nt9mlyj8p38u14
After download plz buat & bawa ke class. Kita akan bincang after CNY Holiday. Wish u all good luck & happy holiday.

Best regards,
Azli Alip

Answer Scheme for Tutorial 1 MGT1013

Salam student DIB,

Sila download jawapan utk tutorial 1 sebagai panduan drpd link ni.. http://www.mediafire.com/?75t7fcen4vb3t0t

TQVM

Note Principles of Management (Chapter 1)


Salam,
Dear my DIB 2B & 2C students, please download our Power Point Note for Chapter 1 from this link..
Thanks….sharing is caring
Azli Alip

List of Advisor for Research Project


Salam,

Disini sy senaraikn semua nama2 advisor utk subject Research Project. So plz gunakn kepakaran all this lecturer & selalu2 lah berjumpa dgn advisor anda. Jika teerdpt sbrg masalah boleh terus bhubung dgn saya.

List Advisor for HND 4A
1. Pn Jun Juhaizi Juhari
2. Pn Norliza Ramli
3. Pn Intan Shahriza Ibrahim

List Advisor for HND 4B
1. Pn Osmawati Osman
2. Pn Norazura Misran
3. Pn Intan Shahriza Ibrahim

List Advisor for HND 4C
1. Pn. Sharifah Yahya
2. Cik Suriyani Sahar
3. Pn. Nor Maizatulakmal Mohd Shariff
4. Pn. Sariah Rajuli
5. Cik Siti Amanina Nina Zakaria
6. Pn. Maznah Mior Ahmad
7. Pn. Wan Ramlah Wan Rahimi
8. En. Mohd Zulhilmi Mohamad Zaki
9. En. Ahmad Sallehin Khalid
10. En. Norhafiz Nasrudin

Thanks....

Research Topic from UiTM

Salam semua,
Sebagai rujukan & panduan semua, anda boleh dptkn cth2 research topic drpd UiTM dr thn 1977-2008. Terdpt lebih kurang 1433 topic dr pelbagai bidang utk rujukan. Sila download dr link ni

http://www.mediafire.com/?m6ezaxme927dn6y

Moga dpt manfaat bersama.... "sharing is caring"

Azli Alip

Baucer Buku 1Malaysia


Salam,

Makluman kpd para pelajar KPMSI, majlis pengagihan baucar buku 1 malaysia akan di adakan di dewan utama pd hari Isnin ni (16 Jan 2012) jam 12pm. So sy mengharapkan terutamanya pelajar2 sy HND 4 & DIB 2 utk gunakan peluang ini utk membeli buku2 rujukan utama subjek Principles of Management (MGT1013) & Research Project (22078Y). Nilai baucer yg para pelajar akn dpt adalah RM200 (RM50 X 4 kpg) & perlu ditebus sebelum 31 Mac 2012.

So gunkanlah peluang ni sebaik mungkin utk faedah pembelajaran anda sbg pelajar. Senarai buku cadangan utk subjek spt berikut:-

1. Research Methods for Business : A Skill Building Approach, 5th Edition, Uma Sekaran & Roger Bougie, A John Wiley & Sons, 2009. (RM176.55)

2. Fundamentals of Management, 7th Edition, Stephen P.Robbins, David A.DeCenzo & Mary Coulter, Pearson Education, 2011. (RM75.00)

Sekian, terima kasih.

Tutorial 1 MGT1013

Salam,
Dear my DIB 2B & 2C students, please download your tutorial 1 MGT1013 from this link..
After download please answer the question & bring to the class for discussion next Tuesday 17th Jan 2012. I really need your cooperation & commitment. Thanks & Good Luck

Best regards,
Azli Alip  

Research Project Module 2012

Salam,
Dear my HND4 students, please download our Research Project Module from this link..
After download, please read this module ok & prepare for our next class. I really need your 200% cooperation & commitment. Thanks a lot & Good Luck.

“Sharing is caring”

SOW Principles Of Management (MGT1013) for DIB 2B & 2C

Salam dear my student DIB. Please download our scheme of work Principles Of Management (MGT1013) from this link… http://www.mediafire.com/?gru88w0g3gw53n1

Thanks & Good Luck.

SOW Research Project (22078Y) for HND 4B & 4C

Salam dear my student HND 4. Please download our scheme of work Research Project (22078Y) for this semester Jan - June 2012 from this link http://www.mediafire.com/file/6qefzj2n0z2wvgq/SOW 

Thanks...& good luck

Motivasi Hari Ni...

‎"Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan. 
Ambillah waktu untuk bermain, itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi. 
Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan. 
Ambillah waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan. 
Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai, itu adalah hak istimewa yang diberikan Tuhan. 
Ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju kebahagiaan. 
Ambillah waktu untuk tertawa, itu adalah musik yang menggetarkan hati. 
Ambillah waktu untuk memberi, itu adalah membuat hidup terasa bererti. 
Ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah nilai keberhasilan. 
Ambillah waktu untuk beramal, itu adalah kunci menuju syurga.


Dan...ambillah pesanan ini sebagai panduan bersama.... selamat beramal"

"Sharing is Caring"

Selamat Kembali Para Pelajar KPMSI & Kelebihan Menuntut Ilmu

Salam sejahtera & salam perjuangan….

Dalam kekalutan dgn pelbagai tugas yg tertangguh selepas hampir sebulan bercuti & ditakdirkan mendapat tawaran sambung belajar Diploma Pendidikan UPSI…saya mencuri juga waktu2 untuk mencoret sesuatu di blog ini sebagai tatapan para pembaca & pelajar2 saya. Moga mendapat manfaat bersama…Insya Allah.

Hari ini 5 Jan 2012 merupakan hari pendaftaran para pelajar lama Kolej Profesional MARA Seri Iskandar bagi sesi Jan – June 2012. Hangat & kalut dgn pelbagai ragam para pelajar senior apabila dtg berjumpa mentor masing2 melihat result semester lepas. Tahniah diucapkan bagi yg berjaya mengekalkan result CGPA 3.00 keatas. Moga akan terus berjaya & berjaya lagi….bagi yg masih belum cemerlang teruskan usaha & doa kalian moga berjaya…& akan terus berjaya juga akhirnya nanti. Amin…Insya Allah.

Hari ni juga pengalaman baru bagi saya sebagai Pensyarah baru lagi muda (cewah…perasan) di KPMSI apabila diamanah utk mengantikan Ketua Jabatan yg sedang bercuti sbb wife beliau bersalin untuk memberikan taklimat kepada para pelajar baru Diploma in International Business (DIB). Wah teruja pun ada tp takut pun ada sbb takut silap bagi info ttg programme structure & academic regulations….& sikit kata2 motivasi utk new student intake Jan 2012. Tapi Alhamdulillah 2 ½ jam taklimat tersebut berjalan dgn lancar….syukur….

Inilah antara cabaran2 & pengalaman baru yg bakal saya lalui bermula tahun 2012 apabila baru diamanahkan utk menjadi Ketua Unit Pengurusan Perniagaan di Jabatan Pengurusan Perniagaan, Kolej Profesional MARA, Seri Iskandar menggantikan senior saya En Effendi. Besar tu tanggungjawab nak jaga unit sbb antara org2 “penting” menjadi sasaran awal bos kalau ada sbrg masalah & menjadi pengantara sebarang makluman terkini dari KJ ke unit & seterusnya kpd semua pensyarah jabatan. Allah… moga diberikan kekuatan & pengalaman yg berharga dlm menjalankan tugas ini.

Ok berbalik kpd tajuk awal sy ttg kelebihan menuntuk ilmu. Hari ni sy nak bercerita sedikit apa yg sy dpt dr sebuah laman web http://www.islamgrid.gov.my ttg kelebihan & adab2 menuntut ilmu. Moga artikel ni dpt memberi manfaat kpd kita bersama terutamanya para pelajar KPMSI di awal2 semester utk kita merenung kembali matlamat @ niat dlm menuntut ilmu.

Kelebihan Menuntut Ilmu

Menuntut ilmu adalah satu keharusan bagi kita kaum muslimin. Banyak sekali dalil yang menunjukkan keutamaan ilmu, para penuntut ilmu dan yang mengajarkannya.
Sebenarnya banyak ayat Al-Quran dan As-Sunnah yang memerintahkan kita agar menuntut ilmu dan kelebihan-kelebihan menuntut ilmu itu.

Maksud firman Allah s.w.t:
“Maka tanya oleh mu akan orang yang ahli zikri (orang yang alim) jikalau kamu tidak mengetahui”.

Maksud sabda Rasulullah s.w.w pula yang bermaksud :
“Sesungguhnya sesuatu bab daripada ilmu yang dipelajari oleh seorang lelaki terlebih baik baginya daripada dunia dan apa yang ada di dalamnya”

Di samping itu terdapat juga hadis-hadis yang menceritakan tentang fadhilat-fadhilat menuntut ilmu itu yang menjadi lebih baik daripada ibadah kita (ibadah sunat) sebagaimana yang disabdakan oleh Rasulullah s.a.w ertinya :

“Demi Tuhan bahawa jika kamu pergi menuntut ilmu daripada sesuatu bab terlebih baik daripada kamu sembahyang seratus rakaat,”

Di samping itu, banyak hadis yang disabdakan oleh Rasulullah s.a.w tentang kematian bagi orang-orang yang sedang menuntut ilmu antaranya:

“Barangsiapa yang mati di dalam keadaan menuntut ilmu untuk menghidupkan agama Islam, maka dia berada di dalam Syurga kelak satu darjat dengan para nabi.”

Rasulullah s.a.w juga telah menggariskan beberapa peringkat kelebihan ilmu dengan sabda Baginda s.a.w, 
“Sesungguhnya ilmu itu adalah umpama gedung dan anak kuncinya adalah pertanyaan.”

Empat jenis golongan yang diberikan pahala di dalam menuntut ilmu ini, iaitu :
1.    Golongan yang sukar bertanya akan sesuatu ilmu
2. Golongan pengajar atau orang yang mengetahui sesuatu ilmu dan mengajar kepada orang lain
3.    Golongan yang yang mendengar orang yang mengajar ilmu
4.    Golongan orang yang suka dan kasih akan majlis ilmu.

Jika kita teliti kepada kepentingan ilmu seperti yang telah dijelaskan di atas, maka seharusnya bagi kita sebagai “Ummah Terbaik” mengambil kesempatan yang berharga di dalam kehidupan ini untuk merancakkan lagi pemburuan ilmu itu. Maka menuntut ilmu itu tidak mengira usia sama ada seseorang itu muda atau tua, lelaki atau perempuan semua digalakkan menuntut ilmu.


Adab Menuntut Ilmu Agama
Adab-adab dalam menuntut ilmu yang harus kita ketahui agar ilmu yang kita tuntut berfaidah bagi kita dan orang yang ada di sekitar kita sangatlah banyak. Adab-adab tersebut di antaranya adalah:

1.    Ikhlas dalam menuntut ilmu.
Sepertimana amalan-amalan yang lain, langkah yang pertama adalah keikhlasan diri. Langkah ini merupakan faktor yang amat penting sehinggakan Rasulullah telah memberi amaran: Maksud hadis riwayat Ibn Hibban dan ia dinilai sahih oleh Syu’aib al-Arna’uth dalam semakannya ke atas Shahih Ibn Hibban (Muassasah al-Risalah, Beirut, 1997), hadis no: 78

Sesiapa yang mempelajari satu ilmu yang sepatutnya dilakukan kerana mencari Wajah Allah, namun dia tidak mempelajarinya kecuali untuk mendapatkan keuntungan duniawi, maka dia tidak akan mencium bau syurga pada Hari Kiamat.”

Oleh kerana itu dalam sebuah hadis yang lain, baginda mengingatkan: Maksud hadis riwayat Ibn Hibban dengan para perawi yang dipercayai lagi sahih, demikian terang Syu’aib al-Arna’uth dalam semakannya ke atas Shahih Ibn Hibban, hadis no: 77

“Jangan mempelajari ilmu untuk berbangga-bangga di hadapan para ulama’, atau untuk berdebat dengan orang-orang bodoh, atau untuk memilih majlis yang terbaik (demi mendapat pujian orang). Sesiapa melakukan hal itu maka nerakalah tempatnya.”

Sesiapa yang memiliki niat dan tujuan yang betul sepertimana di atas, dia tidak sekali-kali akan terkalah dengan pelbagai cubaan dan fitnah yang mungkin dihadapinya dalam rangka memahami agama Islam. Ini kerana: Maksud surah Muhammad, ayat 7

“Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (agama) Allah nescaya Allah membela kamu dan meneguhkan tapak pendirian kamu.”

2.    Positif dan Yakin kepada diri sendiri
Sikap yang positif dan keyakinan diri adalah faktor yang penting untuk mencapai sesuatu tujuan. Faktor ini tidak terpisah bagi sesiapa yang ingin memahami agama yang dicintai ini. Bahkan ketahuilah bahawa sesiapa yang berusaha dengan ikhlas untuk tujuan ini, maka Allah akan membimbingnya, sebagaimana firman-Nya yang bermaksud:
“Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama

Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami; dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya.”
[al-Ankabut, ayat 69]

“Pimpinan” Allah boleh wujud dalam pelbagai bentuk, seperti dipertemukan dengan guru yang benar, ditunjuki kepada buku daripada penulis yang jujur, dipersahabatkan dengan orang-orang yang shalih, dibimbing kepada subjek-subjek yang mengikut tertib kepentingannya dan ditanam dalam dirinya akhlak yang mulia apabila berinteraksi dengan ilmu agama. Oleh itu janganlah merasa ragu-ragu atau rendah diri untuk berusaha memahami agama Islam. Yakinilah bahawa Allah akan memimpinnya selagi mana dia ikhlas dan bersungguh-sungguh.

3.    Bersiap sedia untuk melakukan pengorbanan.
Tidak ada jalan pintas (short cut) untuk memahami agama Islam, maka janganlah mengharapkan kefahaman dalam agama secara serta merta atau melalui jalan yang mudah. Sebaliknya hendaklah bersiap sedia untuk melakukan banyak pengorbanan dari sudut tenaga, masa kewangan dan kehidupan. Proses menuntut ilmu sememangnya memerlukan banyak pengorbanan dan hal ini diketahui oleh Rasulullah. Oleh itu baginda menjanjikan ganjaran yang besar kepada sesiapa yang melakukan pengorbanan tersebut dengan bersabda, maksudnya:

“Sesiapa yang menempuh satu jalan kerana mencari ilmu, maka Allah akan memudahkan baginya jalan ke syurga.”
[Riwayat Muslim dalam Shahihnya (penomboran Fu’ad Abd al-Baqi), hadis no: 2699].

Pengorbanan dari sudut tenaga dan masa adalah berusaha untuk ke kelas-kelas pengajian agama sekalipun kesibukan atau keletihan dengan kuliah di universiti atau kerja di pejabat. Pengorbanan kewangan adalah membelanjakan wang ringgit untuk membeli buku-buku agama yang berkualiti. Ini adalah pengorbanan yang tidak boleh ditinggalkan, dimana setiap yang ingin memahami agama Islam perlu mencintai buku dan berusaha membina koleksi buku-buku agama atau perpustakaan peribadi yang tersendiri.

Namun di antara semua pengorbanan, yang terbesar adalah pengubahsuaian gaya hidup. Tidur perlu dikurangkan, gizi pemakanan perlu dijaga dan aktiviti harian yang sia-sia perlu dihindari. Sedar atau tidak, terdapat banyak aktiviti harian yang sebenarnya adalah sia-sia seperti mengikuti acara sukan, membaca akhbar harian, menonton televisyen dan berbual kosong. Semua ini hendaklah diubah kepada bersukan demi menjaga kesihatan, menelaah akhbar harian sekadar mencari laporan yang bermanfaat, menghadkan tontonan televisyen kepada dokumentari yang ilmiah dan berbual sekadar menyampaikan nasihat. Pengubahsuaian ini akan membuka banyak masa lapang yang dapat dimanfaatkan untuk memahami agama Islam.

4.    Tidak mengenal titik noktah.
Semua orang yang melazimkan diri berinteraksi dengan ilmu akan mengetahui bahawa ia sentiasa dinamik tanpa mengenal titik noktah. Maka demikianlah juga seharusnya sikap setiap muslimin dan muslimah yang ingin mencari kefahaman agama. Tidak boleh berkata “Saya sudah habis belajar agama” atau “Saya sudah faham Islam”. Sebaliknya hendaklah sentiasa mengkaji dan menganalisa kerana ilmu agama juga adalah sentiasa dinamik. Bak kata pepatah:

“Tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad.”

Pertama: Pada masa kini terdapat banyak ajaran yang menyeleweng, setiap darinya berselindung di sebalik slogan “Ahli Sunnah Wal Jamaah” agar kelihatan berada di atas jalan yang benar. Seandainya seseorang itu tergelincir dalam salah satu daripada ajaran yang menyeleweng, sikap dinamiknya yang sentiasa mengkaji dan menganalisa akan mengeluarkan dirinya daripada ajaran tersebut kepada ajaran yang benar.

Kedua: Seseorang yang berusaha memahami agama akan melalui beberapa tahap, daripada tahap kebudak-budakan sehinggalah kepada tahap kedewasaan. Ini kerana dalam rangka melakukan kajian, dia akan menemui banyak perkara baru yang tidak pernah diketahuinya sebelum itu. Penemuan ini akan menjana semangat baru dalam dirinya. Terdapat kemungkinan yang besar semangat tersebut akan mengarah dirinya kepada sikap merasa dirinya amat berilmu (ujub), memandang rendah para ulama’ dan mudah menghukum orang yang tidak sependapat dengannya. Inilah sikap kebudak-budakan yang saya maksudkan.

Di sini manhaj dinamik amatlah perlu dimana sikap yang sentiasa mengkaji dan menganalisa akan mengalih seseorang itu dari tahap kebudakan-budakan ke tahap kedewasaan. Tahap kedewasaan akan mengarah kepada sikap merendah diri berdasarkan keinsafan bahawa ilmu agama sebenarnya amat luas, sikap menghormati para ‘ulama berdasarkan kesedaran bahawa terdapat banyak faktor lain yang mereka pertimbangkan dan terbuka kepada dialog berdasarkan mata yang celik kepada hakikat berbeza pendapat adalah fitrah manusia.

5.    Mengamalkan ilmu.
Usaha untuk memahami agama Islam bukanlah sekadar class room discussion, akan tetapi ia adalah untuk diamalkan. Ilmu tanpa amalan adalah sesuatu yang dibenci oleh Allah sebagaimana firman-Nya yang bermaksud:

“Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya! Amat besar kebenciannya di sisi Allah - kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya.”
[al-Saff, ayat 2-3]

Sebaliknya orang yang mengamalkan ilmunya akan ditambahi oleh Allah dengan ilmu dalam pelbagai bentuk. Orang yang berusaha memahami agama Islam akan meningkat keimanannya dan iman itu sendiri adalah apa yang dibuktikan dengan hati, lidah dan perbuatan. Keimanan seperti ini akan ditambahi oleh Allah dengan hidayah-Nya, sebagaimana firman-Nya yang bermaksud:

“……sesungguhnya mereka itu orang-orang muda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan kami tambahi mereka dengan hidayah.”
[Maksud surah al-Kahf, ayat 13]

Orang yang mengamalkan ilmu juga bererti mengamalkan hidayah yang Allah kurniakan kepadanya, meningkatkan ketaqwaannya, maka dengan itu Allah akan mengurniakan kepadanya al-Furqan yang membolehkan dia membezakan antara yang benar dan batil. Allah akan juga menambahi Rahmat-Nya dan memberikannya cahaya untuk terus berada di atas jalan yang benar. Perhatikan dua firman Allah berikut yang bermaksud:

“Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu bertaqwa kepada Allah, nescaya Dia mengadakan bagi kamu (al-Furqan) yang membezakan antara yang benar dengan yang salah, dan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu, serta mengampunkan (dosa-dosa) kamu. Dan Allah (sememangnya) mempunyai limpah kurnia yang besar.”
[al-Anfal, ayat 29]
6.    Berhubung dengan orang yang berhubung dengan ilmu.
Siapa kita berhubung, siapa kita berkawan, memiliki pengaruh yang besar kepada perwatakan diri kita sendiri. Rasulullah pernah mengingatkan, maksudnya:

“Sesungguhnya perumpamaan teman yang shalih dan teman yang buruk hanyalah seumpama pembawa minyak wangi dan peniup tungku api seorang tukang besi. Bagi pembawa minyak wangi, boleh jadi sama ada dia memberinya kepada kamu (minyak wangi) atau kamu membeli daripadanya (minyak wangi) atau kamu mendapat bau harum daripadanya. Bagi peniup tungku api seorang tukang besi, boleh jadi sama ada ia akan membakar pakaian kamu (kerana kesan tiupan api) atau kamu mendapat bau yang tidak sedap daripadanya (bau besi).”

[Diriwayatkan oleh Muslim dalam Shahihnya, hadis no: 2628].

Oleh itu sesiapa yang berusaha untuk memahami agama Islam hendaklah sentiasa berhubung dengan orang-orang yang perhubungannya sentiasa bersama ilmu. Mereka adalah orang-orang yang perhatiannya sentiasa kepada al-Qur’an dan al-Sunnah yang sahih, usahanya sentiasa kepada mengkaji kitab-kitab peninggalan para ulama’ dan pemikirannya sentiasa ke arah memperbaiki keadaan umat Islam dan menjaga kemurnian agama Islam.

Di antara mereka ialah para alim ulama’ dan guru-guru, maka hendaklah memuliakan mereka, mendengar nasihat mereka dan mengikuti jejak langkah mereka. Seandainya mereka berbuat salah, hendaklah menasihati mereka secara sopan dan tersembunyi, tidak secara kasar dan terbuka kepada orang ramai. Di antara mereka adalah orang-orang yang dalam proses memahami agama Islam, maka hendaklah menjadikan mereka sebagai sahabat karib, selalu meluangkan masa berkongsi ilmu, bertukar-tukar pendapat dan saling menasihati.

7.    Berdoa Kepada Allah.
Setiap usaha perlu diikuti dengan doa dan usaha untuk memahami agama Islam tidak terpisah daripada adab ini. Maka hendaklah berdoa kepada Allah dan sebaik-baik doa adalah apa yang diajar oleh Allah dan Rasul-Nya. Antaranya:

“Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.”
[Maksud surah al-Fatihah, ayat 6-7]

Demikian tujuh adab yang dapat saya ringkaskan daripada sekian banyak adab untuk menuntut ilmu. Diharapkan adab-adab di atas bermanfaat untuk setiap orang, termasuk diri saya sendiri. Selain tujuh adab tersebut, setiap orang yang berusaha untuk memahami agama Islam perlu berwaspada kepada unsur-unsur yang boleh merosakkannya.

Akhir kalam…moga kita semua mendapat manfaat bersama dari petikan huraian di atas ttg kelebihan & adab menuntut ilmu. Sesungguhnya yg baik itu dr Allah & yg buruk itu dr kelemahan sy sendiri. Berjumpa lg dlm coretan2 akan dtg….wasallam…
AzliAlip@2011-2012. Powered by Blogger.
 
Free Blogspot Themes